Sunday, April 19, 2009

Aku dalam seharian


Apabila diri mengelamun dan berkhayal sejenak, timbul dalam benak fikiran apa yang aku buat dalam seharian. Kadang-kadang masa dihabiskan begitu sahaja tanpa ada suatu pengisian rohani dan jasmani. Kadang-kadang hidup ini terasa begitu ceria tanpa ada semua itu, dan adakalanya hidup ini terasa muram apabila tiada semua itu.

Akal fikiran berserabut memikirkan tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebagai seorang muslim. Hidup seorang muslim ini semestinya perlu penuh dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat kepada diri, untuk membina jati diri muslim dan mengenal diri sendiri. Macam mana hendak mengenali Tuhannya sekiranya seorang muslim itu jahil tentang keadaan dirinya.



Macam mana hendak membina peribadi muslim yang sejati, adakah dengan sekadar sembahyang , puasa, membayar zakat sudah cukup untuk kita dinilai sebagai muslim sejati?Macam mana dengan tanggungjawab fardhiyyah dan jam'iyyah yang perlu kita laksanakan, adakah sudah terlaksana semua itu?Kalau dihisab balik terasa hina dina diri ini, tanpa ada seorang guru yang mursyid untuk menuju matlamat tersebut, tanpa ada seorang sahabat yang betul-betul dapat membimbing dan mengheret ke arah itu, tanpa ada seorang sayap kiri yang betul-betul menyokong dan membantu membinanya. Alangkah kerdilnya diri ini, semakin hari semakin hilang pedoman dan arah tujuan dan diri ini bimbang jikalau hilangnya pedoman itu menjadikan matlamat menjadi seorang muslim sejati itu pudar dan yang sebaliknya akan menjiwai diri yang lemah ini.

Ya Allah, Engkau Maha Pengasih dan Maha Pemurah, bantulah hambamu ini menjadi seorang hamba yang mengenali dirinya sendiri untuk mengenali-MU, untuk mendapat redha dan kasih sayang-MU..Amin Ya Rabbal A'lamin.



Nukilan di waktu dinihari, menyesali kelmarin yang telah berlalu dan menunggu saat perubahan pada esok hari...

0 Comments:

Post a Comment



About This Blog

Photobucket

Lorem Ipsum

Sabda Nabi SAW:
"Allah menyinari cahaya seseorang yang telah mendengar kata-kataku, meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW sebagaimana yang didengarinya."

Sabda Nabi SAW:
"Hormatilah Ulama', kerana mereka di sisi Allah SWT adalah pilihan-pilihan Allah SWTyang diberikan kemuliaan."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa melihat wajah orang berilmu dengan sekali pandang sahaja, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah SWT mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang meminta ampun baginya hingga hari kiamat."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa memuliakan orang berilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakanku maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT, dan sesiapa memuliakan Allah SWT maka tempatnya adalah di Syurga."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa menziarahi orang berilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang berilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat."


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP