Wednesday, April 22, 2009

Berpuas hati dengan ikhlas yang sedikit?


"Sampai bila kita mahu berpuas hati dengan ikhlas yang sedikit, bila pulak kita nak ikhlas dengan nilai yang banyak?"kata seorang sahabat ana. Sejak dua tiga hari ini saya berfikir tentang apa yang diucapkannya, memang betul apa yang dilontarkannya. Kata-katanya itu timbul apabila ada yang bersedekah dengan nilai yang sedikit dan mengatakan "biarlah sedikit asal ikhlas". Tidak salah sebenarnya bersedekah dengan nilai yang sedikit, kerana apa yang dituntut oleh Islam ialah bersedekah dengan hati yang ikhlas walaupun sedikit. Jikalau banyak sekalipun sekadar mahu menunjuk-nunjuk, tidak ada gunanya. Pahala tidak dapat malah merugikan harta benda sahaja.


Cuma apa yang ingin saya coretkan adalah sampai bila kita mahu berpuas hati sekadar bersedekah dengan nilaian yang sedikit. Adakah sampai kita dikurniakan rezeki yang banyak, dengan kekayaan yang melimpah-ruah, baru kita nak bersedekah dengan nilaian yang banyak? Sedarlah bahawa Allah sangat mengasihi hamba-hambanya yang suka bersedekah dan melipat gandakan nilaiannya. Adakah sama ganjaran yang diperolehi bagi yang bersedekah dengan nilaian yang sedikit dan banyak? Anda boleh fikirkan sendiri, semestinya tidak sama. Satu perumpamaan yang dapat kita ambil...Orang yang melabur saham dengan nilaian yang banyak, sudah semesti pulangannya juga berlipat kali ganda, tapi orang yang melabur dengan nilaian yang sedikit maka pulangannya berpadanan dengan apa yang dilaburnya.

Bukannya luak (bahasa terengaanu = terjejas) apabila kita bersedekah dengan nilaian yang banyak. Bayangkan kurang-kurang kita akan berbelanja dalam sehari sekitar RM5 ataupun LE5 kalau di Mesir, tapi kita tidak mampu untuk menambah nilai dalam bersedekah sekali dalam seminggu. Itupun jika kita buat. Kalau mereka yang bekerja pula, semestinya pendapatan yang diperolehi dari setahun ke setahun akan meningkat dengan meningkatnya tahap prestasi kerja dan gred kerja yang diperolehi, tapi manusia apabila semakin senang maka semakin lalai dan alpa kepada Allah dan akhirat, itulah sifir kehidupan yang dapat saya terjemahkan.


Kesimpulannya manusia yang selalu berfikir dan beramal untuk hari pembalasan, mereka tidak takut dan bimbang untuk bersedekah dengan nilaian yang banyak, kerana mereka merasakan ini adalah suatu jalan untuk menambah pahala kebaikan untuk mereka, suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bersyukur kepada-NYA. Inilah yang dapat membezakan mereka dari umat Islam yang lain, kerana mereka berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan meningkatkan amal ibadah kepada Allah. Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang menerangkan perkara sedekah ini dan kelebihannya, cuma kita kurang peduli sebenarnya. Moga-moga Allah beri kekuatan kepada kita untuk melaksanakannya dalam kehidupan kita.

0 Comments:

Post a Comment



About This Blog

Photobucket

Lorem Ipsum

Sabda Nabi SAW:
"Allah menyinari cahaya seseorang yang telah mendengar kata-kataku, meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW sebagaimana yang didengarinya."

Sabda Nabi SAW:
"Hormatilah Ulama', kerana mereka di sisi Allah SWT adalah pilihan-pilihan Allah SWTyang diberikan kemuliaan."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa melihat wajah orang berilmu dengan sekali pandang sahaja, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah SWT mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang meminta ampun baginya hingga hari kiamat."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa memuliakan orang berilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakanku maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT, dan sesiapa memuliakan Allah SWT maka tempatnya adalah di Syurga."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa menziarahi orang berilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang berilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat."


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP