Wednesday, October 7, 2009


MARKAZ PEMUDA DICEROBOH DAN DISERANG




BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.
Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

Image"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Harakaydaily bagaimanapun dalam usaha mancari kesahihan maklumat tersebut.

Berikutan itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini.

Sidang media tersebut akan diketuai Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Suhaizan sendiri.

Turut akan didedahkan dalam sidang media tersebut adalah berkaitan maklumat terbaru penyelewengan undi pos.

Read more...

Sunday, September 20, 2009


Salam 'Id Mubarak kepada Semua Sahabat




Pada kesempatan waktu yang terhad ini, hamba sebagai pemilik blog ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA 'IDULFITRI KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT DI PERANTAUAN DAN JUGA DI MALAYSIA. SEMOGA HARI RAYA PADA TAHUN INI MEMBENIHKAN UKHWAH YANG LEBIH JERNIH DAN TULUS DI DALAM KITA BERSAHABAT..MAAF ZAHIR & BATIN.

Read more...

Wednesday, September 16, 2009


Dipetik dari buku "Misteri Solat Subuh"




Sore itu dia berceramah. Bicaranya berapi-api tentang mimpinya ini, yakni tertegaknya agama Allah di muka bumi. Dia begitu bersemangat menghuraikan cita-citanya untuk menyaksikan syariat Allah memimpin peradaban di seluruh alam semesta. Dia bertanya kepada hadirin:

"Mengapa umat Islam mengalami kemunduran?"

"Mengapa mereka mengikut konsep hidup umat lain?"

"Mengapa mereka merendahkan nilai agama mereka sendiri? Mengapa mereka menjadikan musuh-musuh Islam sebagai pemimpin?"

"Mengapa? Mengapa?Mengapa?"

Berbagai pertanyaan serupa dilontarkan dalam ceramahnya yang sangat memukau. Dia melemparkan beban berat itu ke atas bahu hadirin yang mengikuti ceramahnya. Lalu dia membentangkan pandangannya dengan panjang lebar, seumpama memberi keyakinan pada sidang hadirin. Kemudian setelah mengemukakan penyelesaian dan kesimpulan, dia mengakhiri ceramahnya.

Sehari selepas itu, saya mencari-cari penceramah itu di antara saf-saf jemaah solat subuh. Hairan aku tidak melihatnya. Saya berkata dalam hati, "Mungkin penceramah itu berhalangan atau ada urusan." Hari berikutnya, waktu yang sama, saya cuba mencarinya semula di antara deretan saf-saf jemaah solat Subuh, dengan harapan dapat bertemunya di sana. Namun saya kecewa. Saya tidak menemuinya. Saya khuatir ada sesuatu berlaku padanya. Saya ingin mengetahuinya, khuatir kalau-kalau dia ditimpa musibah.

Saya memutuskan untuk mencari di mana penceramah itu. Akhirnya saya bertemu dengannya. Saya bertanya, "Apa yang terjadi?Mudah-mudahan apa yang menghalangmu adalah sesuatu yang baik. Saya tidak bertemumu di waktu solat Subuh!"Dengan selamba dia menjawab tanpa rasa malu. "Maafkan saya. Semoga Allah mengampuni saya dan mengampunimu. Keadaan saya tidak mengizinkan. Pagi-pagi saya sudah mula bekerja dan pada waktu malam saya tidur aagak lambat. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Saya terdiam dan bingung mendengar jawapannya. Benar-benar bingung. Saya bertanya di dalam hati, "Mungkinkah agama Allah akan tegak kukuh di atas muka bumi ini di tangan mereka yang melalaikan kewajipannya kepada Allah?". Hati saya bergejolak, jiwa terasa sempit dan kerongkong terasa tersumbat. Saya ingin melakukan sesuatu. Akhirnya saya menulis dan hasilnya adalah tulisan buku ini.

Saya memohon kepada Allah agar Dia memberi petunjukNYA kepadaku dan seluruh umat Islam. Saya juga memohon kepadaNYA demi kejayaan dan kekukuhan agama ini. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas yang demikian.

Dr. Raghib as-Sirjani

Read more...

Tuesday, September 15, 2009



Bumi Anbiya' Bumi Kerinduan


Masjid sultan hassan berlatarbelakangkan sebahagian bandar Kaherah

Sejak dua menjak ni, airport KLIA diserbu oleh ratusan @ ribuan golongan yang bergelar dai'e dan penuntut ilmu agama yang pulang dari perantauan untuk melepaskan kerinduan kepada keluarga dan meneruskan tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik sahaja pulang ke Malaysia. Pulang yang membawa seribu harapan berjuta bebanan selangit ganjaran yang dijanjikan oleh Tuhannya, suatu taklifan yang perlu dilunaskan sebagai amanah yang telah diiqrarkan sebaik sahaja meninggalkan bumi Malaysia suatu ktika dahulu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya melepasi imtihan yang lepas, juga
kepada mereka yang tidak bernasib baik, sesungguhnya terdapat hikmah di sebaliknya. Harap-harap posting yang terlewat dari tarikh yang perlu dipublishkan dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara kita, sebagai satu isyarat bahawa sahabatmu ini masih mengingatimu dan tidak memandang sebelah mata kejayaan yang kalian perolehi, kejayaan sama kita perolehi dan ukhwah sama-sama kita junjungi.

Patung Sphinx dan Piramid di Giza, Mesir

Sebulan sudah berada di bumi Malaysia bumi bertuah umat Islam. Sesekali fikiran menjengah menyeberangi laut cina selatan dan laut India serta laut Merah mengingati kembali nostalgia-nostalgia bahagia dan pahit yang berlaku di bumi Anbiya' bumi Qaherah. Terasa rindu menusuk kalbu mengenangkan 'ibrah dan pengajaran yang terlampau banyak dapat dikutip dan diabadikan sebagai panduan kehidupan menuju negeri abadi. Kadang-kadang rindu itu diselangi dengan pengalaman pahit yang pernah berlaku di sana. Tapi itu tidak melemahkan semangatku untuk kembali ke sana...Insyaallah. Moga-moga Allah memudahkan urusanku untuk menjana semangat baru berbekalkan ilmu yang akan dikutip di sana nanti. Moga-moga ianya akan menjadi kenyataan...

Read more...

Monday, September 14, 2009


Salam Akhir Ramadhan



Alfun Mabruk kepada pengunjung blog ini, masih hidup dan diberi nikmat Iman dan Islam..Sekadar secebis coretan di pagi hari untuk memanaskan blog yang berhabuk ini.

Mahu bercakap tentang kelebihan dan kebaikan bulan yang hidupkan sekarang, rasenya tidak perlu diulang-ulang lagi. Sudah menjadi kema'rufan bagi orang Islam mengenali bulan Ramadhan itu sebagai bulan rahmat, keampunan dan pelepasan api neraka. Cuma penghayatan yang didambakan Ramadhan itu sendiri dari jiwa seorang yang bergelar muslim.

Permulaan menahan lapar dan dahaga pada tahun ini cukup-cukup mencabar keimanan dan kesabaran bagi ana sendiri. Bermula dengan menjadi imam Tarawih bersama-sama orang kampung. Jikalau sebelum ini sembahyang Tarawih dilakukan bersama-sama jemaah dari kampung yang lain, dari jiwa yang lain dan penghayatan yang lain, kali ini berlainan sama sekali. Duduk dan bersembang dengan orang sekampung, memahami kehendak dan keperluan, serta tanggungjawab bagi sang pemberi memberi kepada yang memerlukan. Jauh di sudut hati mereka, ilmu dan peringatanlah yang menjadi kehausan mereka. Mereka tidak mengharapkan sesuatu sumbangan yang banyak, tapi cukup dengan sekadar secebis mutiara yang tidak mereka ketahui.

Ditambah lagi dengan walimah yang akan berlangsung serta taklifan-taklifan yang menerjah diri yang lemah ini, menjadikan keadaan yang sebelum ini tenang dan damai berubah menjadi huru-hara bak angin taufan yang menerjah kampung dan memusnahkan segalanya. Tentunya Ramadhan yang hanya datang sekali setahun ini mahu dihayati dengan sungguh-sungguh, bimbang-bimbang Ramadhan yang hadir tahun ini menjadi perintis kepada ajal yang mendatang sebelum sampainya Ramadhan yang akan datang. Atau adakah ini penghayatan bagi seorang yang bergelar dai'e pembawa suara kebenaran, yang mana tidak sama dengan yang menerima dakwah ataupun mad'u? "Ya Allah aku meminta redha dari-MU dan kenikmatan Syurga, Ya Allah adalah Engkau ini seorang Pengampun yang kasihkan Keampunan....Maka Ampunkanlah Kami ini Ya Allah, supaya kami hidup dengan Iman mati dalam keadaan Iman dikumpulkan dalam keadaan Beriman dan dimasukkan ke dalam syurga dengan Iman....Amin Ya Allah Amin Ya Rabbal A'lamin.

Read more...

Saturday, September 12, 2009

Pentas Pertemuan Anak-Anak Perantau Terengganu


Assalamualaikum...

Untuk makluman anak-anak perantau Terengganu dalam dan luar negara, anda semua dijemput untuk memeriahkan sambutan liqa' Aidilfitri 2009 anjuran Dewan Pemuda Pas N.Terengganu dengan kerjasama Badan Perhubungan Pas N.Terenganu.


Tarikh: 3 Syawal / 22 September 2009

Tempat : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan K. Terengganu
Kuala Ibai, Kuala Terengaanu

Sama-samalah kita memeriahkan liqa' Aidilfitri pada kali ini.

Read more...

Saturday, July 18, 2009


Marwa as-Sharbini: Mati Syahid Kerana Tudungnya



Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden.

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.

Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.

Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.

Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.

Akhbar Jerman Perlekeh Marwa as Sharbini

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.

Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.

Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.
Sementara itu, atas sikap akhbar Die Welt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes kepada akhbar tersebut agar menghapuskan komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, melalui alamat email: online@welt.de

Read more...

About This Blog

Photobucket

Lorem Ipsum

Sabda Nabi SAW:
"Allah menyinari cahaya seseorang yang telah mendengar kata-kataku, meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW sebagaimana yang didengarinya."

Sabda Nabi SAW:
"Hormatilah Ulama', kerana mereka di sisi Allah SWT adalah pilihan-pilihan Allah SWTyang diberikan kemuliaan."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa melihat wajah orang berilmu dengan sekali pandang sahaja, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah SWT mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang meminta ampun baginya hingga hari kiamat."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa memuliakan orang berilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakanku maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT, dan sesiapa memuliakan Allah SWT maka tempatnya adalah di Syurga."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa menziarahi orang berilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang berilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat."


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP