Friday, April 17, 2009

Berlapang dada terhadap semua perkara


Berlapang dada terhadap semua perkara adalah yang perbuatan yang sangat susah bagi setiap insan untuk mengamalkan dalam kehidupan seorang muslim yang sembahyangnya lima waktu berjemaah, yang mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar dan berstatus agamawan dalam masyarakat kerana berlapang dada berkait rapat dengan ego yang wujud dalam diri masing-masing.Setiap insan dicampakkan ke dalam diri mereka sikap yang sukar untuk menerima dan mengiakan setiap teguran dan nasihat yang bertujuan untuk menegur dan memberikan suatu pendapat kerana apabila ditegur mereka rasakan mereka ini dihina dan apabila diberikan pendapat mereka merasakan tidak pandai dan seumpamanya.

Cuba bayangkan jikalau semua pemimpin tidak berlapang dada, maka apa yang akan terjadi kepada sesebuah parti dan negara, cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika ketua keluarga tidak dapat menerima teguran, cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika anggota keselamatan tidak dapat menerima cacian, kita dapat bayangkan apa yang akan terjadi jika semuanya tidak berlapang dada.Bagi seorang muslim, sikap berlapang dada adalah satu proses tarbiah melalui diri sendiri mengukur dan mengira setakat mana keupayaan mengubah dan membentuk diri sendiri sebelum kita salurkan tarbiah kepada muslim yang lain. Bagaimana mahu mengubah insan lain mengikut apa yang kita mahu sedangkan kita belum berubah mengikut apa yang dinilai oleh insan lain.




Imam Hassan Al-Banna telah menyebut perkara yang berkaitan 'salamatus sudur'.Perkara yang disebut oleh beliau perlu dititikberatkan bagi seorang dae'i yang sentiasa mentarbiah dan mengislah insan yang lain sebagai suatu timbal balik kepada dakwah yang dilakukan. Di dalam berdakwah kemungkinan ade kesilapan daripada sudut percakapan serta perbuatan tanpa kita sedari yang dinilai oleh mad'u dan membetulkan kesilapan kita.Pada masa inilah konsep berlapang dada harus dipraktikkan sebagai mengiakan kesilapan yang dilakukan dan berusaha membaiki kesilapan tersebut.

Konsep ini bukannya dapat diterima oleh semua orang kerana ego yang wujud dalam diri masing-masing, bahkan mereka menganggap sesiapa yang berlapang dada terhadap semua perkara adalah seorang yang lemah, tidak mampu bersuara serta penakut. Sebenarnya mereka silap kerana tidakkah kita melihat kepada sirah salafus solih yang terdahulu semakin mereka berlapang dada dengan segala perkara dan masalah yang berlaku maka semakin dekatlah diri mereka kepada Allah swt, merasakan diri mereka sebenarnya yang silap walaupun kadangkala bukanlah kesilapan itu datang dari mereka sendiri tapi itulah suatu sikap yang patut kita teladani supaya jari telunjuk kita sentiasa menuding ke arah belakang bukannya jauh ke depan..

0 Comments:

Post a Comment



About This Blog

Photobucket

Lorem Ipsum

Sabda Nabi SAW:
"Allah menyinari cahaya seseorang yang telah mendengar kata-kataku, meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW sebagaimana yang didengarinya."

Sabda Nabi SAW:
"Hormatilah Ulama', kerana mereka di sisi Allah SWT adalah pilihan-pilihan Allah SWTyang diberikan kemuliaan."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa melihat wajah orang berilmu dengan sekali pandang sahaja, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah SWT mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang meminta ampun baginya hingga hari kiamat."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa memuliakan orang berilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakanku maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT, dan sesiapa memuliakan Allah SWT maka tempatnya adalah di Syurga."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa menziarahi orang berilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang berilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat."


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP