Thursday, June 11, 2009

Alhamdulillah...Syukur pada-MU Ya Allah


Tiba-tiba sahaja datang rasa nikmat yang agak besar dalam hidup ni. Rasenya tak terucap dengan kata-kata, tapi insyaallah dapat diterjemahkan dengan ibadah dan zikrullah menunjukkan syukur kepada Allah..Apa dia nikmat tersebut?

Erm...Mungkin bagi orang yang tidak melalui sebab dan musabbab terhasilnya nikmat tidak merasai apa yang saya rasakan. Penantian suatu penyeksaan, pengakhiran suatu kepuasan..Itulah gambaran awal kepada apa yang ingin saya nyatakan di sini. Macam-macam rasa dan perasaan yang bergolak dalam hati ini, ada suka dan ada juga sedikit kebimbangan. Terasa huru-hara( ayat glemer seorang sahabat saya) perasaan ni.

Setelah lama menunggu, maka tibalah masa nak berlepas diri dari cengkaman imtihan syahadah akhir yang telah berlalu 2 minggu sudah dan berbaki 2 madah lagi sebelum berakhirnya suatu penyeksaan. Dalam banyak2 imtihan, inilah imtihan yang paling berat dan paling pening kepala dibuatnya. Kalau nak diceritakan, memang tak habis. Bermula sebelum imtihan, saat-saat akhir sebelum imtihan, permulaannya sehinggalah sampai pengakhirannya yang akan menjelma tak lama lagi ( sukanya hati ini, pale otok mikir malaysia doh ).

Macam-macam ragam dan aksi sahabat-sahabat yang dapat dilihat. Masing-masing sibuk memikirkan perkara yang akan dibuat selepas imtihan biarpun imtihan tak bermula lagi. Tiket kapal terbang menjadi bualan wajib tiap-tiap hari, sembang pasal masa depan(pale otok sumbat nak nikoh belake, tapi calon tak dok lagi), balik malaysia nak buat nape, dan macam-macamlah program dan rancangan yang ade dalam pale otok yang sumbak ni..tapi akhir kalam "lau najah"...lepah tubik ayat tu, sembang yang tadinya rancak jadi semakin slow (bimbang kalu2 dok najah)..Lepas tu teringat pulah ayat sheikh abdul nabi "insyaallah kullun najah, biiznillah, la takhaf". Sembang tingkap kembali rancak selepas itu, boleh katakan koho sedak sembang. Dah bila habis sembangnya? Habis sembangnya bila habis modal, maka kedai pun boleh tutup.

Begitulah tiap-tiap hari sampailah saat posting ini ditulis. Insyaallah esok masih masih ade untuk kita bersembang..hehe. Study tetap study, tapi tak boleh study hard walakin study smart, itu yang penting. Moga-moga kami pelajar tahun akhir diberi taufiq, hidayah dan najah dalam imtihan ini...Amin ya rabbal a'lamin.

Kalam
Jumaat,12 Jun 2009
4.09 pagi, Shoubra

0 Comments:

Post a Comment



About This Blog

Photobucket

Lorem Ipsum

Sabda Nabi SAW:
"Allah menyinari cahaya seseorang yang telah mendengar kata-kataku, meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW sebagaimana yang didengarinya."

Sabda Nabi SAW:
"Hormatilah Ulama', kerana mereka di sisi Allah SWT adalah pilihan-pilihan Allah SWTyang diberikan kemuliaan."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa melihat wajah orang berilmu dengan sekali pandang sahaja, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah SWT mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang meminta ampun baginya hingga hari kiamat."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa memuliakan orang berilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakanku maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT, dan sesiapa memuliakan Allah SWT maka tempatnya adalah di Syurga."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa menziarahi orang berilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang berilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat."


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP