Wednesday, February 4, 2009

Pemeran Buku Kedua
Terbesar di Dunia




Assalamualaikum......

Lame xposting hasil nukilan sendiri.Biaselah kalau datang malas, buat ape pun x jadi. Cuma nak berkongsi pengalaman yang sedang berlaku di Mesir ni. Sekarang ini tengah diadakan satu pameran buku yang kedua terbesar di dunia di bumi Kaherah,Mesir. Pameran ni diadakan tiap-tiap tahun pada hujung bulan Januari. Pameran ini disertai oleh maktabah-maktabah dari seluruh negara Arab termasuk Mesir.

Bagi mereka-mereka yang menuntut ilmu di Bumi Mesir, ini adalah suatu peluang keemasan kerana di sinilah mereka dapat 'memborong' kitab-kitab ulama yang muktabar dengan harga yang lebih murah daripada harga biasa. Ana pun dah borong sikit2, tapi tahun lepas sebab ade rezeki lebih. Tahun ni beli sikit-sikit jer sebab bajet tak cukup.


Bagi ana, disamping membeli kitab-kitab yang dijual, apa yang membuatkan kita tertarik untuk menyertai pameran ini adalah kemeriahan dan kebingitan suara-suara yang terdiri daripada kanak-kanak sehinggalah warga tua dari pelbagai negara sehinggakan pesta buku ini nampak macam satu tempat perkelahan yang besar. Tempat pameran ni memang besar, biasanya kalau kita keluar pagi, kebiasaannya pameran tawaqquf barulah beransur pulang.

Pengalaman tahun-tahun sebelum ini, masa 3@4 jam baru nak survey harga, lepas tu nak beli pulak tambah 3 jam lagi , lepas tu nak angkut bawa keluar sampai tepi jalan ambik masa setengah jam, memang meletihkan. Sape2 yang xde stamina yang tinggi, memang balik awallah. Ala kulli hal pameran yang dianjurkan ni banyak memberi manfaat kepada kita. Antaranya daripada seorang yang jahil tentang nama-nama kitab dan isi kandungannya kurang-kurang apabila orang tanya kita pasal sesuatu kitab, bolehlah kita jawab ala-ala kadar daripada xtau langsung.


Marilah sama-sama kita meriahkan ma'rad ini,insyaallah masih berlangsung dan tamat pada 5hb Februari, kebiasaannya ditambah lagi seminggu dek kerana sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung-pengunjung. Sedih jugak kerana tahun ni tahun last belajar di sini, dan tidak berkesempatan mengikuti ma'rad yang akan akan diadakan tahun depan. Moga-moga dapat mai lagi ke Mesir pada tahun-tahun yang mendatang...Insyaallah.

0 Comments:

Post a Comment



About This Blog

Photobucket

Lorem Ipsum

Sabda Nabi SAW:
"Allah menyinari cahaya seseorang yang telah mendengar kata-kataku, meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW sebagaimana yang didengarinya."

Sabda Nabi SAW:
"Hormatilah Ulama', kerana mereka di sisi Allah SWT adalah pilihan-pilihan Allah SWTyang diberikan kemuliaan."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa melihat wajah orang berilmu dengan sekali pandang sahaja, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah SWT mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang meminta ampun baginya hingga hari kiamat."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa memuliakan orang berilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakanku maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT, dan sesiapa memuliakan Allah SWT maka tempatnya adalah di Syurga."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa menziarahi orang berilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang berilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat."


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP