Friday, January 9, 2009

Ujian Allah?





Maksud firman Allah: Adakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan begitu saja dengan hanya berkata mereka telah beriman sedangkan mereka tidak diuji?
Ayat yang kedua dalam surah Al-Ankabut ini menjelaskan kepada orang-orang yang beriman tentang adanya suatu bentuk ujian atau mehnah kepada mereka dan tidak cukup bagi mereka dengan hanya beriman dengan tutur kata tetapi di sana mestilah ada suatu ujian yang dapat menguji sejauh mana keimanan mereka kepada Allah swt.

Allah tidak menjadikan manusia ini dalam rupa, bentuk dan tingkah laku yang yang sama tetapi ada perbezaan antara satu sama lain. Ada yang dilahirkan tidak cukup sifatnya, ada yang sempurna sifatnya dan ada yang baik serta buruknya tingkahlakunya. Di sini ada hikmahnya bagi orang yang berakal iaitu supaya manusia bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada mereka. Allah tidak melihat kepada rupa bentuk seseorang itu, tetapi apa yang dilihat adalah kepada perbuatan dan amalan sebagaimana yang tersebut di dalam hadis.


Gambar di atas adalah salah satu tapisan Allah Taala terhadap hambanya sejauh mana keikhlasan dan pengabdian mereka kepada Allah. Jika redha seseorang hamba itu terhadap sesuatu ujian yang ditimpakan ke atasnya, maka luluslah dengan ujian tersebut berserta ganjaran yang dijanjikan, tapi barangsiapa yang tidak redha dan mempersoalkan ujian yang ditimpakan, nauzubillah min zalik, azab seksa ke atas mereka. Ada yang diuji dengan ujian fizikal sepertimana saudara kita di Palestin dan ada juga diuji dengan penyakit hati dan jiwa. Cuma ingatlah bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan semata-mata, mati di dunia dengan penderitaan hanyalah ujian tetapi kehidupan di akhirat yang kekal abadi adalah matlamat utama.

Mafhum ayat Al-Quran : Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.



Menjadi kewajipan kepada setiap muslim untuk mencari ketaqwaan di sisi Allah Taala. Meninggalkan maksiat dan melakukan yang ma'ruf adalah kewajipan ke atas semua orang mukmin, tidak ada yang terkecuali seorang pun. Hatta seorang penzina yang sedang berzina wajib ke atasnya menegur seorang penzina lain yang sedang berzina. Ini menunjukkan tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar terletak ke atas setiap mukallaf yang mengucap syahadah. Memang taqwa ini suatu ujian kepada orang-orang yang beriman, perkara yang paling dekat dengan manusia dan paling sukar nak menghayatinya dan melakukannya. Suatu yang sukar apabila kita berjaya melepasinya maka kita akan merasai nikmatnya yang tidak dapat digambarkan tetapi sesuatu yang mudah apabila kita berjaya laksanakannya, ada juga nikmatnya tetapi hanya sedikit.

Ingatlah bahawa susah senang itu semuanya datang dari Allah Taala dan sesungguhnya Allah tidak akan membebankan hambaNYA melainkan sesuai dengan tahap kemampuannya..

0 Comments:

Post a Comment



About This Blog

Photobucket

Lorem Ipsum

Sabda Nabi SAW:
"Allah menyinari cahaya seseorang yang telah mendengar kata-kataku, meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW sebagaimana yang didengarinya."

Sabda Nabi SAW:
"Hormatilah Ulama', kerana mereka di sisi Allah SWT adalah pilihan-pilihan Allah SWTyang diberikan kemuliaan."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa melihat wajah orang berilmu dengan sekali pandang sahaja, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah SWT mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang meminta ampun baginya hingga hari kiamat."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa memuliakan orang berilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakanku maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT, dan sesiapa memuliakan Allah SWT maka tempatnya adalah di Syurga."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa menziarahi orang berilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang berilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat."


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP