Saturday, January 10, 2009

Menunggu Kematian?




Maksud firman Allah swt : "Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kesenangan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya"

Ayat berkaitan kematian seringkali diulang di dalam mashaf al-karim daripada awal hingga akhir. Seringkali dialunkan dengan iringan nada yang mendayu-dayu yang menyentuh jiwa pendengarnya dan juga dengan tarannum yang berjenis-jenis lagu dan martabatnya tapi adakah ayat yang dibaca itu meruntunkan jiwa serta membawa kita bermuhasabah dalam setiap perkara yang kita lakukan?

Tataplah gambar di atas sepuas-puasnya. Realiti pemandangan di alam kubur di waktu malam dengan keadaan gelap gelita. Membuatkan bagi yang berakal berfikir macam manalah hendak menghadapi suatu keadaan yang gelap gelita di dalam kubur dengan berbagai fitnah yang akan melanda.Adakah kita dapat menjamin kebahagiaan di dalam kubur dengan segala amalan yang kita lakukan?Adakah Allah menerima segala amalanku selama ini?Atau apakah aku ini syok sorang-sorang dengan amalan yang aku lakukan selama ini menjamin pelepasan dari azab kubur?

Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Mungkin secara tidak sedar akan datang rasa ujub serta riak dalam amalan kita kepada Allah.Perkara ini telah disebut oleh Fadil ibn 'Iyad, seorang ulama tasawuf yang wafat pada 187 H, berasal dari Kufah dan menetap di Mekah telah berkata secara terus terang bahawa "Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya'. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau dari keduanya."

Sabda Rasulullah saw: Orang yang paling cerdik ialah orang yang selalu mengingati mati


Sabda junjungan Nabi Besar kita Muhammad saw menggalakkan kita untuk sentiasa mengingati mati. Tidak kira di mana sahaja kita berada maka kita akan sentiasa berwaspada dengan segala tindak tanduk kita, takut-takut mati dalam keadaan suul khatimah..na'uzubillah min zalik.

0 Comments:

Post a Comment



About This Blog

Photobucket

Lorem Ipsum

Sabda Nabi SAW:
"Allah menyinari cahaya seseorang yang telah mendengar kata-kataku, meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW sebagaimana yang didengarinya."

Sabda Nabi SAW:
"Hormatilah Ulama', kerana mereka di sisi Allah SWT adalah pilihan-pilihan Allah SWTyang diberikan kemuliaan."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa melihat wajah orang berilmu dengan sekali pandang sahaja, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah SWT mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang meminta ampun baginya hingga hari kiamat."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa memuliakan orang berilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakanku maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT, dan sesiapa memuliakan Allah SWT maka tempatnya adalah di Syurga."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa menziarahi orang berilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang berilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat."


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP