Salam Akhir Ramadhan
Alfun Mabruk kepada pengunjung blog ini, masih hidup dan diberi nikmat Iman dan Islam..Sekadar secebis coretan di pagi hari untuk memanaskan blog yang berhabuk ini.
Mahu bercakap tentang kelebihan dan kebaikan bulan yang hidupkan sekarang, rasenya tidak perlu diulang-ulang lagi. Sudah menjadi kema'rufan bagi orang Islam mengenali bulan Ramadhan itu sebagai bulan rahmat, keampunan dan pelepasan api neraka. Cuma penghayatan yang didambakan Ramadhan itu sendiri dari jiwa seorang yang bergelar muslim.
Permulaan menahan lapar dan dahaga pada tahun ini cukup-cukup mencabar keimanan dan kesabaran bagi ana sendiri. Bermula dengan menjadi imam Tarawih bersama-sama orang kampung. Jikalau sebelum ini sembahyang Tarawih dilakukan bersama-sama jemaah dari kampung yang lain, dari jiwa yang lain dan penghayatan yang lain, kali ini berlainan sama sekali. Duduk dan bersembang dengan orang sekampung, memahami kehendak dan keperluan, serta tanggungjawab bagi sang pemberi memberi kepada yang memerlukan. Jauh di sudut hati mereka, ilmu dan peringatanlah yang menjadi kehausan mereka. Mereka tidak mengharapkan sesuatu sumbangan yang banyak, tapi cukup dengan sekadar secebis mutiara yang tidak mereka ketahui.
Ditambah lagi dengan walimah yang akan berlangsung serta taklifan-taklifan yang menerjah diri yang lemah ini, menjadikan keadaan yang sebelum ini tenang dan damai berubah menjadi huru-hara bak angin taufan yang menerjah kampung dan memusnahkan segalanya. Tentunya Ramadhan yang hanya datang sekali setahun ini mahu dihayati dengan sungguh-sungguh, bimbang-bimbang Ramadhan yang hadir tahun ini menjadi perintis kepada ajal yang mendatang sebelum sampainya Ramadhan yang akan datang. Atau adakah ini penghayatan bagi seorang yang bergelar dai'e pembawa suara kebenaran, yang mana tidak sama dengan yang menerima dakwah ataupun mad'u? "Ya Allah aku meminta redha dari-MU dan kenikmatan Syurga, Ya Allah adalah Engkau ini seorang Pengampun yang kasihkan Keampunan....Maka Ampunkanlah Kami ini Ya Allah, supaya kami hidup dengan Iman mati dalam keadaan Iman dikumpulkan dalam keadaan Beriman dan dimasukkan ke dalam syurga dengan Iman....Amin Ya Allah Amin Ya Rabbal A'lamin.