Bumi Anbiya' Bumi Kerinduan
Masjid sultan hassan berlatarbelakangkan sebahagian bandar Kaherah
Sejak dua menjak ni, airport KLIA diserbu oleh ratusan @ ribuan golongan yang bergelar dai'e dan penuntut ilmu agama yang pulang dari perantauan untuk melepaskan kerinduan kepada keluarga dan meneruskan tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik sahaja pulang ke Malaysia. Pulang yang membawa seribu harapan berjuta bebanan selangit ganjaran yang dijanjikan oleh Tuhannya, suatu taklifan yang perlu dilunaskan sebagai amanah yang telah diiqrarkan sebaik sahaja meninggalkan bumi Malaysia suatu ktika dahulu.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya melepasi imtihan yang lepas, juga
kepada mereka yang tidak bernasib baik, sesungguhnya terdapat hikmah di sebaliknya. Harap-harap posting yang terlewat dari tarikh yang perlu dipublishkan dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara kita, sebagai satu isyarat bahawa sahabatmu ini masih mengingatimu dan tidak memandang sebelah mata kejayaan yang kalian perolehi, kejayaan sama kita perolehi dan ukhwah sama-sama kita junjungi.
Patung Sphinx dan Piramid di Giza, Mesir
Sebulan sudah berada di bumi Malaysia bumi bertuah umat Islam. Sesekali fikiran menjengah menyeberangi laut cina selatan dan laut India serta laut Merah mengingati kembali nostalgia-nostalgia bahagia dan pahit yang berlaku di bumi Anbiya' bumi Qaherah. Terasa rindu menusuk kalbu mengenangkan 'ibrah dan pengajaran yang terlampau banyak dapat dikutip dan diabadikan sebagai panduan kehidupan menuju negeri abadi. Kadang-kadang rindu itu diselangi dengan pengalaman pahit yang pernah berlaku di sana. Tapi itu tidak melemahkan semangatku untuk kembali ke sana...Insyaallah. Moga-moga Allah memudahkan urusanku untuk menjana semangat baru berbekalkan ilmu yang akan dikutip di sana nanti. Moga-moga ianya akan menjadi kenyataan...