Monday, July 6, 2009




Al-Quran Syafaat di dunia dan akhirat



Alhamdulillah syukur sekali lagi kepada Allah Taala setelah berbagai nikmat yang dikecapi dan hari ini Allah tambah lagi nikmat itu dengan kejayaan. Setelah berakhirnya segala keperitan akan hadir di sana suatu kenikmatan. Kenikmatan itulah yang mengubati dan membebaskan keperitan yang dirasai sebelum ini.

Baru sekejap tadi ana pergi ke Maahad Khazandarah Shoubra untuk melihat keputusan imtihan syahadah takhassus. Tapi ana sebenarnya dah tau natijah imtihan, Mesir semakin canggih dan maju, keputusan imtihan hanya di hujung jari. Alhamdullah setelah banyak pertolongan yang Allah kurniakan dalam imtihan baru-baru ini, sekarang Allah tambah lagi dengan keputusan najah sofi dalam imtihan. Sofi dalam imtihan tidak bermakna kita ni penuh ilmu di dada, tapi di sana mungkin ada suatu imtihan lain yang Allah nak test kita kita, imtihan sesama manusia mungkin kita lepas tapi belum tentu imtihan yang Allah sendiri nak menguji, kita berjaya.

Kepada sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik, insyaallah ana doakan semoga antum semua berjaya di dalam imtihan dur thani. Tiada bezanya antara najah dur awal dan thani, tetapi yang penting ilmu di dada. Itulah yang membezakan darjat kita di sisi Allah Taala. Ingatlah kalam ini Antara alamat kejayaan di pengakhiran Kembali kepada Allah di permulaan....

0 Comments:

Post a Comment



About This Blog

Photobucket

Lorem Ipsum

Sabda Nabi SAW:
"Allah menyinari cahaya seseorang yang telah mendengar kata-kataku, meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW sebagaimana yang didengarinya."

Sabda Nabi SAW:
"Hormatilah Ulama', kerana mereka di sisi Allah SWT adalah pilihan-pilihan Allah SWTyang diberikan kemuliaan."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa melihat wajah orang berilmu dengan sekali pandang sahaja, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah SWT mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang meminta ampun baginya hingga hari kiamat."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa memuliakan orang berilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakanku maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT, dan sesiapa memuliakan Allah SWT maka tempatnya adalah di Syurga."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa menziarahi orang berilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang berilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat."


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP