Thursday, March 19, 2009

Sempurnakah aku?


Siang dan malam silih berganti, bulan Islam dan masihi berlalu pergi bersama fadhilat-fadhilat yang besar, ayam di pasar habis diratah manusia, tapi manusia hidup bersama-sama kemalasannya. Itulah perumpamaan untuk tuan punya blog ni. Semakin hari semakin lalai dalam kelapangan masa yang banyak dihabiskan begitu saja.

Lama menyepi dari dunia blogger, kadang-kadang terfikir nak bersara terus dari dunia blogger ni, tapi apabila teringat kalam yang ana naqalkan dari sahabat ana bahawa Rasulullah telah datang dalam mimpi seorang yang soleh bahawa 'zaman ini adalah zaman ilmu dan qalam (penulisan)'. Kurang-kurang daripada tiada blog terus kurang-kurang ada jugak...

Dalam sebulan kebelakangan ini,banyak perkara yang berlaku,muhasabah diri balik,apa kerja yang berfaedah yang aku buat dalam seharian,apa sumbangan aku untuk Islam dan macam-macam lagi sehinggakan hidup ni tidak bermakna lagi..(bukan nak mati).Manusia ni insan yang sentiasa melupakan tanggungjawab fardiyyah dan jugak ijtimaiyyah. Diri sendiri terabai,macam mana nak bawa dan bentuk orang lain. Tidak ada unsur-unsur pengislahan pada diri sendiri malah lantang bercakap enta kene buat gini,buat gitu dan macam-macam lagilah gelagat-gelagat yang sebenarnya kita dah ma'ruf mengenainya.

Kadang-kadang kita lebih terlihat dengan kesalahan dan kesilapan orang lain, terlebih geram dengan sikap sesetengah sahabat dan orang sekeliling kita, tapi terlalai dengan diri sendiri. Kita anggap diri kita ni sempurna,orang tidak boleh komen dengan peribadi kita. Padahal manusia itu tidak boleh menilai dirinya sendiri bimbang terjerumus dengan perasaan RIAK dan UJUB pada diri sendiri. Sabda Rasulullah saw: "Yang amat aku takuti atas kamu ialah syirik kecil. Maka ditanya tentangnya. Jawab Rasulullah: "Riak".

Segala nukilan yang tercatit di atas adalah ditujukan kepada ana sendiri, melatih diri supaya sentiasa melihat kesalahan diri sendiri,sentiasa memperbaiki diri dan seterusnya membentuk serta mengislah orang-orang di sekeliling kita..

0 Comments:

Post a Comment



About This Blog

Photobucket

Lorem Ipsum

Sabda Nabi SAW:
"Allah menyinari cahaya seseorang yang telah mendengar kata-kataku, meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW sebagaimana yang didengarinya."

Sabda Nabi SAW:
"Hormatilah Ulama', kerana mereka di sisi Allah SWT adalah pilihan-pilihan Allah SWTyang diberikan kemuliaan."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa melihat wajah orang berilmu dengan sekali pandang sahaja, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah SWT mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang meminta ampun baginya hingga hari kiamat."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa memuliakan orang berilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakanku maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT, dan sesiapa memuliakan Allah SWT maka tempatnya adalah di Syurga."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa menziarahi orang berilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang berilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat."


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP