Friday, February 20, 2009


Terima kasih abah






Tanggal 20 hb Februari adalah suatu tarikh yang cukup bermakna bagiku kerana ianya suatu tarikh yang akan mengembalikan kenangan dan nostalgia lama bersama-sama orang yang tersayang dan orang yang dikenang. Selalunya pada tarikh ini adik-beradikku akan menyampaikan ucapan selamat hari lahir kepada orang yang membesarkan dan memeras keringat kami adik beradik iaitu ayah tersayang.

Tapi sekarang hanya tinggal kenangan. Sayu dan hiba bila datangnya ajal secara mengejut,tanpa ada sebarang amaran dan alamat,mudah sahaja Allah merancangnya. Apabila dihitung kembali hari-hari yang dilewati tanpa ayah tersayang, sudah hampir 6 bulan rupanya. Betapa pantas masa berlalu meninggalkan, betapa meningkat umur yang mengusiakan diri ini. Tidak tahu bilakah ajal datang menjemput, tapi semakin banyak maksiat dilakukan.


Kenangan-kenangan yang lalu datang silih-berganti menyorot kembali pesanan-pesanannya..."Belajarlah rajin-rajin,selalulah berjumpa dengan syeikh-syeikh". Setiap kali berhubung dengannya, itulah perkara yang wajib diucapkannya. Suatu harapan yang sungguh besar terhadap diri ini.."Insyaallah."Itulah sepatah perkataan yang mampu dibalasi. Tak tau lagi apa yang nak diucapkan.

Adikku pernak berkata pada emakku.."Sedaplah mak boleh duk lame dengan abah, anis kejap jer."Budak-budak kecil pun merasai kehilangan orang tersayang, apatah lagi kami adik-beradik yang besar-besar ni. Tapi kita mengetahui semua itu qadha' dan qadar Allah Taala, pasrah dan terima seadanya, sebab esok-esok nanti kita pulak yang akan pergi meninggalkan dunia yang fana' ini..Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment



About This Blog

Photobucket

Lorem Ipsum

Sabda Nabi SAW:
"Allah menyinari cahaya seseorang yang telah mendengar kata-kataku, meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW sebagaimana yang didengarinya."

Sabda Nabi SAW:
"Hormatilah Ulama', kerana mereka di sisi Allah SWT adalah pilihan-pilihan Allah SWTyang diberikan kemuliaan."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa melihat wajah orang berilmu dengan sekali pandang sahaja, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah SWT mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang meminta ampun baginya hingga hari kiamat."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa memuliakan orang berilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakanku maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT, dan sesiapa memuliakan Allah SWT maka tempatnya adalah di Syurga."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa menziarahi orang berilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang berilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat."


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP