Thursday, June 18, 2009

'Beban HABIS, otak MASIH BERFIKIR'



Rasanya sudah lama ana tak menjenguk ke luar bandar Shoubra yang tidak pernah sunyi daripada kesibukan jalannya dan keriuhan arab-arab yang bermacam peseng (perangai) dan yang peliknya arab memang tidak pernah sunyi daripada bergaduh!!!

Alhamdulilah, lega yang teramat sangat setelah melalui imtihan akhir syahadah yang penuh mencabar. Seingat ana tidak ada imtihan yang lebih seksa daripada ini, hatta peperiksaan spm pun tidaklah seazab ini. Tapi tidak menjadi masalah sebenarnya, kurang-kurang di musim peperiksaan inilah kita 'berpeluang' memeras otak kita supaya ianya lebih aktif dan 'gelige'..(ayat terengganu bermaksud aktif).

Lama sungguh tak menjenguk akhbar-akhbar harian di Malaysia, sekali buka masyaallah banyak perkara yang berlaku lebih2 lagi masalah umat dan pertikaian@perselisihan faham yang berlaku dalam PAS. Sedih rasanya apabila perkara ini berlaku dikala umno menunggu masa untuk menyerang dan memusnahkan PAS. Seluruh media-media yang menjadi anjing-anjing umno dilihat saban hari dan waktu melaporkan berita-berita yang meloyakan dan juga melaga-lagakan pimpinan-pimpinan PAS dan Tok-tok guru.

Perkara ini tidaklah menjadi separah ini sebelum ini, tapi apabila tibanya saat muktamar pas ke-55 baru-baru ini, perselisihan ini menjadi tidak keruan lagi. Tok guru Nik Aziz yang sebelum ini kurang berselisih faham tentang aktiviti dan perancangan yang dilakukan PAS tiba-tiba sahaja naik angin dan marah tentang cadangan kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh TG Presiden. Kita sudah maklum tentang hubungan kedua-dua Tok Guru ini, masing-masing saling menghormati dan mengasihi antara satu sama lain. Tidak ada lagi perselisihan yang seberat ini yang mana menyebabkan ahli-ahli PAS berbelah bahagi terhadap kepimpinan kedua-dua Tok Guru ini.

Bagi ana, ana tidak nampak perselisihan yang berlaku ini suatu petanda kepada kehancuran PAS tetapi ianya adalah suatu hikmah dan ilham yang dikurniakan oleh Allah Taala untuk membongkar segala-galanya apa yang buruk dan membawa PAS ke arah yang lebih baik. Kemarahan TGNA tidak ada salahnya kalau dikira mengikut pengalamannya yang sudah masak dengan kerajaan perpaduan yang telah wujud antara PAS dan UMNO sebelum ini. Begitu juga cadangan TGAH tentang kerajaan perpaduan, suatu cadangan yang melampaui akal pemikiran pemimpin2 PAS dan juga zaman. Mungkin ahli-ahli PAS belum masak sepenuhnya dengan permainan dan strategi politik di Malaysia. Moga-moga 'pertemuan ukhwah' yang bakal diadakan nanti menjadi suatu titik tolak kepada penjernihan pemikiran serta kepimpinan yang akan datang.Amin....

0 Comments:

Post a Comment



About This Blog

Photobucket

Lorem Ipsum

Sabda Nabi SAW:
"Allah menyinari cahaya seseorang yang telah mendengar kata-kataku, meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW sebagaimana yang didengarinya."

Sabda Nabi SAW:
"Hormatilah Ulama', kerana mereka di sisi Allah SWT adalah pilihan-pilihan Allah SWTyang diberikan kemuliaan."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa melihat wajah orang berilmu dengan sekali pandang sahaja, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah SWT mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang meminta ampun baginya hingga hari kiamat."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa memuliakan orang berilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakanku maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT, dan sesiapa memuliakan Allah SWT maka tempatnya adalah di Syurga."

Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa menziarahi orang berilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang berilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat."


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP